Terkini

Lawatan Anak-Anak Yatim Rumah Anak Yatim Tambunan Sabah | 12 – 16 Jun 2014

Anak- Anak yatim daripada Rumah Anak Yatim Tambunan Sabah telah mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik di sekitar Pulau Pinang. Antara tempat yang dikunjungi oleh mereka adalah Bukit Bendera, Muzium Perang, Padang Kota, GurneyDrive, dan Rumah P.Ramle. Pada malam 14 Jun 2014, bertempat di Wisma Yatim Perempuan, berlangsungnya satu majlis makan malam bagi meraikan kunjungan daripada Rumah Anak Yatim Tambunan Sabah yang dihadiri oleh Yang Dipertua Persekutuan, YBhg Tan Sri Dato Seri Yussof Latiff, Setiausaha Kehormat YBhg Dato’ Shaik Mohamed Shaik Abdul Kadir dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain. Majlis makan malam berakhir pada jam 10 malam. Rombongan Rumah Anak Yatim Sabah bertolak ke KLIA pada hari Isnin jam 5.30 pagi.

Leave a Reply