Terkini

Penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) kepada Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff

Ahli-Ahli Jawatankuasa Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang (PKAYIPP) mewakil seluruh warga PKAYIPP bersyukur ke hadrat Allah S.W.T dengan ini memaktubkan Penganugerahan Darjah Kebesaran Persekutuan dengan Pingat Panglima Setia Mahkota ( P.S.M ) yang membawa Gelaran “TAN SRI” kepada YBhg Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff oleh Kerajaan Persekutuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV Al-Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu’adzam Shah lbni Almarhum Sultan Badlishah pada 7 Jun 2014.

Dengan perasaan bangga dan sukacita, PKAYIPP menyampaikan ucapan setinggi -tinggi tahniah kepada YBhg Tan Sri Dato’ Seri diatas jasa bakti dan khidmat cemerlang yang diberikan kepada masyarakat dan di dalam apa jua lapangan yang diceburi selama ini.

Bahawasanya tiap-tiap Penganugerahan yang dianugerahkan adalah dengan keinginan dan kurniaan Allah S. W. T. dan Allah S.W.T. jua yang menentukan segala-galanya

Leave a Reply