Terkini

Majlis Tahlil Untuk Allahyarhamah Dato’ Hajjah Zubaidah Ariff | 22 Jun 2014

Tarikh : 22 Jun 2014 / 22 Sya’ban 1435
Tempat : Wisma Yatim Lelaki Islam Pulau Pinang, No 173, Jalan Air Itam, Pulau Pinang
Masa : 6.30 Petang

Allahyarhamah Dato’ Hajjah Zubaidah Ariff yang merupakan Pemegang Amanah dan Bekas Timbalan Yang DiPertua Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang telah kembali ke Rahmatullahi Taala pada 17 Jun 2014 di Kuala Lumpur. Allahyarhamah semasa hayatnya telah banyak menyumbangkan tenaga baktinya bukan sahaja kepada Persekutuan  Kebajikan ini bahkan beberapa Badan Kebajikan lain yang  pernah dipimpin oleh Allahyarhamah.

Pemergian Allahyarhamah secara mengejut adalah satu kehilangan besar kepada masyarakat Islam di Pulau Pinang dan marilah kita berdoa semoga Allah S.W.T  akan mencucuri rahmat keatas rohnya serta dihimpun bersama-sama para  shuhada dan solihin. Amin.

 

Leave a Reply