Terkini

Rayuan Derma untuk Bulan Ramadhan Al Mubarak dan Hari Raya Aidilfitri 1435 (H) / 2014 (M)

bismisslahi

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan Pemelihara alam serta penghuni-penghuninya, Tuhan yang telah menyempurnakan bagi kita Agama Nya. Salam dan Selawat ke atas yang Paling Mulia Rasul Yang Amin, Pembawa Sinar dan Petunjuk serta Rahmat yang diutuskan oleh Allah S.W.T., Pemimpin Kebenaran, Penganjur yang Teragung Nabi Muhammad S.A.W. dan juga ke atas sekalian Keluarga Baginda dan Sahabat Baginda serta Para Tabi’in dan Syuhada.

Alhamdulillah,

Yang Di Pertua, Ahli-Ahli Jawatankuasa serta Kakitangan Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang menyampaikan kesyukuran kehaderat Allah S.W.T. atas limpah rahmat, inayah dan keizinan Nya, kerana telah dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah Allah dan amanah orang ramai dengan memberi segala kemudahan dan keperluan kepada seramai 91 orang anak-anak yatim Islam laki-laki dan perempuan yang dikelola dan ditempatkan di kedua-dua Wisma Yatim Islam di Pulau Pinang.

Sempena bulan Ramadan Al Mubarak dan menyambut Hari Raya Aidilfitri 1435(H)/2014(M), Ahli-Ahli Jawatankuasa Persekutuan ini dengan hormat dan takzimnya menyampaikan surat rayuan yang berbentuk brosur bergambar sebagai memohon derma ikhlas daripada Yang Berbahagia Yang Berbahagia Tun/Toh Puan/Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan dengan penuh harapan belas kasihan dan simpati kepada nasib anakanak yatim, sudi apalah kiranya menghulurkan sumbangan derma samada berbentuk wang ringgit ataupun mata benda untuk bersama-sama menolong dan membantu Jawatankuasa Persekutuan ini untuk meneruskan kerja-kerja amal jariahnya bagi membimbing dan mendidik anak-anak yatim Islam ke arah kebahagiaan hidup mereka di negara kita yang tercinta ini.

Jawatankuasa Persekutuan ini sentiasa memberi tumpuan yang khusus kepada pendidikan akademik dan pendidikan agama kepada anak-anak yatim di kedua-dua Wisma Yatim Islam Pulau Pinang selain daripada memberi tumpuan disiplin. Seramai 8 orang guru yang berijazah telah diambil oleh Jawatankuasa Persekutuan untuk memberi tuisyen kepada anak-anak dari Sekolah Rendah hingga Sekolah Menengah. Seramai 4 orang Guru Agama dikhaskan untuk memberi pelajaran agama kepada anak-anak ini.

Untuk menanggung kos pembelajaran ini sahaja kepada anak-anak di kedua-dua Wisma ini iaitu bagi mengadakan Tuisyen, Yuran Sekolah dan Elaun bulanan penghuni di IPTA dan IPTS serta Yuran Semister ialah lebih kurang RM180,000/= setahun.

Kos pembelajaran ini tidak termasuk perbelanjaan untuk makanan, pakaian dan perbelanjaan pentadbiran untuk seramai 86 anak-anak dan 18 orang kakitangan-kakitangan di kedua-dua Wisma Yatim ini.

Seramai 17 kanak-kanak dari Wisma ini (laki-laki 1 orang dan perempuan16 orang) sedang menuntut di IPTA dan IPTS dan di Kolej-Kolej bagi tahun 2014 yang kini ditanggung penuh oleh Persekutuan ini.

Jawatankuasa Persekutuan membelanjakan lebih kurang RM655,000/= untuk kerja-kerja peng-ubahsuaian dan naik taraf di Wisma Yatim Perempuan, Jalan Scotland, Pulau Pinang dan Wisma Yatim Laki-Laki di Jalan Air Itam, Pulau Pinang bagi kemudahan-kemudahan penghuni-penghuninya sepanjang tahun 2013/2014.

Sumbangan Yang Berbahagia Yang Berbahagia Tun/Toh Puan/Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan untuk kebajikan anak-anak yatim ini adalah semata-mata kerana Allah S.W.T. dan sebagai amal jariah. Allah S.W.T. jua akan membalaskan dengan memberi ganjaran pahala yang setimpal dengannya.

Semua sumbangan derma yang dihantarkan ke Wisma Yatim Islam Pulau Pinang akan dikeluarkan resit resmi Wisma Yatim dan dikecualikan dari Cukai Pendapatan mengikut Kebenaran No. (JHDN 01/35/42/51/179.6.361) bertarikh 18 Oktober 1955.

Sila gunakan kad jawapan dan sampul surat yang bersetem yang disertakan bersama-sama ini dan semua cek-cek dan wang pos hendaklah dipalang atas nama Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang, 173, Jalan Air Itam, 11400 Pulau Pinang.

Sekian, terima kasih.

Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.

“Jazakallah Khairan Kathira”

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Yang ikhlas dari kami,

300

Muat Turun “Kad Jawapan Derma”

Format Borang:       Microsoft Word (.doc)      |     Acrobat (.pdf)     |       Gambar (.jpg)

Nota: Sila gunakan kad jawapan dan sampul surat yang bersetem yang disertakan bersama-sama ini dan semua cek-cek dan wang pos hendaklah dipalang atas nama Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang, 173, Jalan Air Itam, 11400 Pulau Pinang.

Sumbangan berbentuk makanan dan pakaian boleh disalurkan secara terus ke pejabat Persekutuan.

Leave a Reply