Terkini

Keahlian

Jenis Keahlian:

Keahlian Persekutuan ini dibahagikan kepada 4 jenis ahli:

a) Ahli Biasa
Ahli Biasa Persekutuan ini terbuka kepada orang-orang Islam rakyat Malaysia yang bermastautin dalam negeri Pulau Pinang dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun.

b) Ahli Luar Negeri
Orang-orang Islam rakyat Malaysia yang dilahirkan di negeri Pulau Pinang yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tinggal di luar negeri Pulau Pinang boleh memohon untuk menjadi Ahli Luar Negeri. Ahli ini tidak boleh memegang sebarang jawatan dalam Persekutuan, tetapi mempunyai hak mengundi.

c) Ahli Yang Berpindah
Ahli Biasa yang berpindah ke luar negeri boleh meneruskan keahliannya hanya sebagai Ahli Luar Negeri

d) Ahli Seumur Hidup
Ahli Seumur Hidup Persekutuan terdiri daripada orang-orang yang sudah menjadi ahli dan permohonannya untuk menjadi Ahli Seumur Hidup akan dipertimbangkan oleh mesyuarat Jawatankuasa Persekutuan.

Cara-Cara Menjadi Ahli Persekutuan

  1. Seseorang yang berkehendak menjadi ahli hendaklah menghantar permohonannya kepada Setiausaha Yang Kehormat dengan menggunakan borang permohonan (sila lihat di bawah)
  2. Borang permohonan menjadi ahli hendaklah ditandatangani oleh yang meminta dan dicadang serta disokong oleh dua orang Ahli Biasa dan hendaklah disertakan dengan bayaran yurannya sekali.
  3. Setiausaha Kehormat hendaklah membawa segala permohonan menjadi Ahli Persekutuan ini kepada Mesyuarat Jawatankuasa Persekutuan dengan seberapa segera yang boleh.
  4. Jawatankuasa Persekutuan hendaklah menimbangkan segala permohonan menjadi Ahli Persekutuan ini dan memutuskan sama ada diterima atau ditolak ataupun ditangguhkan pertimbangan sesuatu permohonan itu dengan tidak perlu memberikan apa-apa sebab segala keputusannya itu.
  5. Seseorang yang telah ditolak permohonannya untuk menjadi Ahli Persekutuan boleh merayu kepada Mesyuarat Agung Persekutuan dan apa-apa keputusan Mesyuarat Agung Persekutuan adalah muktamad.

Yuran

1. Yuran Persekutuan adalah seperti berikut:

a) Bayaran Masuk
Ahli Biasa                : RM 50.00
Ahli Luar Negeri    : RM 50.00
Ahli Berpindah       : RM 50.00

b) Yuran Tahunan
Ahli Biasa                : RM 50.00
Ahli Luar Negeri    : RM 50.00
Ahli Berpindah       : RM 50.00

2. Yuran Tahunan hendaklah dijelaskan tidak lewat dari 31 Mac pada tiap-tiap tahun.
3. Yuran bagi Ahli Seumur Hidup ialah sebanyak RM 1,000.00 dan hendaklah dibayar apabila diterima menjadi Ahli Seumur Hidup. Ahli Seumur Hidup tidak dikehendaki lagi membayar yuran tahunan atau apa-apa yuran khas.
4. Semua yuran dan bayaran masuk mestilah dijelaskan serentak bersama-sama Borang Permintaan Menjadi Ahli
5. Selain daripada yuran tahunan, yuran-yuran khas yang diputuskan oleh Mesyuarat Agung adalah dikira sebagai yuran juga dan hendaklah dijelaskan oleh ahli-ahli.

Muat Turun Borang Permohonan Menjadi Ahli

Format Borang:       Microsoft Word (.doc)      |     Acrobat (.pdf)     |       Gambar (.jpg)

Nota: Borang permohonan yang lengkap diisi mestilah diserahkan kepada Pejabat Wisma Yatim Islam Lelaki atau Wisma Yatim Islam Perempuan bersama yuran pendaftaran.