Terkini

Bendera, Lencana & Cogan Kata
Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang

Bendera Persekutuan

Keterangan (Bentuk)

Persekutuan ini mempunyai sebuah bendera engan warnanya iaitu hijau tua, putih dan kuning. Coraknya ialah hijau tua di atas, kuning di tengah dan putih di bawah dan setiap bahagian mempunyai ukuran yang sama. Di sebelah kiri jaluran berwarna hijau tua, kuning dan putih terdapat lencana Persekutuan. Gambar tangan yang menadah diwarnakan kuning. Perkataan “BERAMAL KERANA ALLAH UNTUK KEBAJIKAN” diwarnakan hitam. Perkataan “PERSEKUTUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM PULAU PINANG” diwarnakan hijau.


 

Lencana & Cogan Kata Persekutuan

 Logo_PKAYIPP_250px

Keterangan Lencana & Cogan Kata

Persekutuan ini mempunyai lencana yang berupa gambar dua tangan yang menadah bermakna bahawa Persekutuan ini memohon bantuan untuk membuat kebajikan. Perkataan “BERAMAL KERANA ALLAH UNTUK KEBAJIKAN” yang merupakan cogan kata Persekutuan ini terdapat di bahagian bawah gambar tangan. Huruf-huruf “PERSEKUTUAN KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM ISLAM” dalam tulisan jawi yang berbentuk bulan sabit melingkungi gambar tangan dan cogan kata Persekutuan yang bermakna Persekutuan ialah sebuah Persekutuan orang-orang Islam. Perkataan “PULAU PINANG” pula terdapat di bahagian bawah objek lencana tadi yang bermaksud Persekutuan ini ditubuhkan di Negeri Pulau Pinang. Semua perkataan dalam lencana Persekutuan menggunakan huruf jawi.