Terkini

Biodata Yang Dipertua Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang

 

 

gambar datuk seriYBhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff

PSM, DGPN, DSPN, DJN, KMN, AMN, PPN, JP

Yang Dipertua Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang

Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff telah dilahirkan pada 11 Ogos 1930 di Pulau Pinang dan kini berusia 83 tahun. Beliau merupakan anak yang kelima daripada tujuh orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Chowrasta dan sekolah Inggeris, dan telah berumah tangga pada tahun 1958 dengan Yang Berbahagia Datin Hajjah Aishah Bt Ismail dan dari perkahwinan ini telah dikurniakan seramai 4 orang anak, iaitu dua orang lelaki dan dua perempuan. Keempat-empat orang anaknya masing-masing telah berumah tangga.

     Beliau adalah seorang yang aktif sejak zaman remaja sehingga kini, dengan menjawat perbagai jawatan penting dalam pertubuhan sukarela, masyarakat, sukan dan juga aktif dalam bidang politik. Beliau telah memulakan kariernya sebagai ahli perniagaan sejak tahun 1960an dan hasil dari usaha gigih, beliau kini telah berjaya menjadi seorang ahli korporat yang terkenal di Pulau Pinang.

      Dengan inisiatif Ahli Jawatankuasa di bawah pimpinan beliau, pada tahun 1985, telah dapat diwujudkan pula sebuah bangunan yang dinamakan Wisma Yatim Perempuan Islam Pulau Pinang, di atas sebidang tanah yang dipajakkan oleh Kerajaan Negeri kepada Persekutuan ini, di Jalan Scotland, Pulau Pinang.

    Sebagai menghargai sumbangan dan jasa-jasa beliau terhadap masyarakat dan Negara, Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Haji Mohd Yussof Latiff telah dianugerahkan beberapa darjah dan bintang kebesaran Negeri dan Persekutuan. 

  1. Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) – 2014 yang membawa gelaran Tan Sri
  2. Darjah Gemilang Pankuan Negeri (DGPN) – 2005 yang membawa gelaran Dato’ Seri
  3. Pingat Pangkuan Negara (PPN) – 1995
  4. Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) – 1985 yang membawa gelaran Dato’
  5. Darjah Johan Negeri (DJN) – 1983
  6. Kesatria Mangku Negara (KMN) – 1980
  7. Jaksa Pendamai (JP) – 1980 (Kerajaan Pulau Pinang)
  8. Ahli Mangku Negara (AMN) – 1978

Kata-Kata Aluan Yang Dipertua Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang