Terkini

Tujuan & Kegiatan
Persekutuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Pulau Pinang

TUJUAN-TUJUAN

Sebagai sebuah badan kebajikan yang mempunyai Perlembagaan, yang mana pentadbiran dan pengurusan adalah mengikut segala sesuatu yang diperuntukkan dalam Perlembagaan tersebut dengan tujuan-tujuan seperti berikut:

  1. Memelihara, mendidik, mengasuh dan memajukan anak-anak yatim Islam dalam negeri  Pulau Pinang
  2. Memilih, mentadbir dan memajukan rumah-rumah anak-anak yatim Islam Pulau Pinang serta harta-harta kepunyaan amanah anak-anak yatim Islam negeri ini.
  3. Menggalakan kerja-kerja kebajikan khasnya antara sesama ahli dan amnya dengan orang ramai

KEGIATAN

  1. Berikhtiar mengadakan Tabung Derma dan Yayasan untuk keperluan anak-anak yatim.
  2. Mengeluarkan siaran lidah rasmi Persekutuan
  3. Menganjur serta mengadakan majlis-majlis syarahan, forum dan seumpamanya untuk kebajikan ahli-ahli dan anak-anak yatim.